CONTOH SLIP GAJI DAN BUTIRAN PENTING
Slip gaji adalah dokumen yang bertuliskan butiran penting tentang gaji yang diterima oleh seorang pekerja. Dokumen ini mengandungi penyata gaji kepada pekerja setiap bulan, yang menyatakan jumlah gaji atau upah yang dibayar, segala potongan yang dibuat termasuk jumlah gaji bersih yang diterima pekerja.
Kebiasaannya, slip gaji akan diberikan kepada pekerja pada penghujung atau awal bulan sebaik sahaja pekerja menerima gajinya.
Slip gaji juga boleh digunakan untuk pengiraan cukai pendapatan dan pemotongan terhadap cukai bagi mereka yang layak menerima mengikut aktacukai pendapatan.
Slip gaji juga penting dalam permohonan pinjaman dengan bank dan panel samada pinjaman loan rumah, pinjaman loan kereta dan sebagainya. Ada bank dan panel yang meminta slip gaji selama 3 bulan untuk menunjukkan mereka mampu membuat pembayaran pinjaman tersebut.

ANTARA KEPENTINGAN SLIP GAJI
| Bukti Pendapatan | Sebagai rekod yang jelas dan terperinci tentang jumlah gaji yang diterima, termasuk elaun, bonus, dan potongan. |
| Lampiran Mohon Kerja Baru | Ada syarikat yang memerlukan slip gaji lama semasa mereka interview. Apapun anda berhak untuk tidak lampirkan slip gaji kerana ia adalah hak milik persendirian |
| Detail Kiraan Gaji | Segala butiran pendapatan ada dalam slip gaji termasuk elaun mahupun potongan |
| Untuk Memohon Pinjaman | Bank akan meminta slip gaji sebagai syarat untuk mohon pinjaman rumah, kereta dan lain-lain |
| Cukai Pendapatan | Mudah untuk buat cukai pendapatan |
KEPERLUAN SLIP GAJI DARI SEGI UNDANG-UNDANG
Menurut Akta Pekerja Malaysia 1957, setiap majikan hendaklah memberikan setiap pekerja yang diambil bekerja olehnya dalam penyata atau kad yang berasingan yang mengandungi butir-butir berkaitan dengan butiran gaji dan elaun lain yang diperolehi dalam setiap tempoh gaji.
Majikan dan pekerja mencapai persetujuan apabila membuat kontrak kerja dan pembayaran.
Kepentingan Kepada Majikan
Slip gaji adalah rekod bahawa syarikat telah melaksanakan kewajipannya kepada pekerja mengikut undang-undang tertentu mengenai hak pekerja.
Ia adalah dokumentasi perbelanjaan gaji atau upah sebagai perbelanjaan syarikat.
Kepentingan Slip Gaji Kepada Pekerja
Slip gaji ini bukan hanya rujukan kepada pekerja berapa banyak gaji dan elaun yang diterima semata-mata, tetapi juga mempunyai kepentingan seperti yang berikut:
Ia adalah bukti yang sah untuk potongan cukai dan maklumat cukai pendapatan.
Ia adalah rujukan untuk institusi kewangan atau syarikat pinjaman kredit apabila mempertimbangkan kredibiliti dan integriti pekerja semasa proses permohonan mereka.

Maklumat Yang Wajib Ada Dalam Slip Gaji
| Nama Syarikat (Tempat Bekerja) | Nama syarikat/perniagaan, nombor pendaftaran syarikat dan SSM, Alamat syarikat/perniagaan, logo syarikat |
| Maklumat Pekerja | Nama penuh, Nombor Kad Pengenalan dan Jawatan |
| Maklumat Pendapatan | Jumlah Gaji Pokok, Elaun, Komisyen, Lebih Masa/Overtime dan pendapatan lain |
| Potongan Pendapatan | Jumlah Potongan KWSP, SOCSO, EIS, potongan PCB dan potongan lain jika ada. |
| Lain-Lain | Cop syarikat, Nombor KWSP, Nombor Akaun Bank |
CONTOH SLIP GAJI
Berikut merupakan beberapa template contoh yang boleh anda jadikan rujukan.
Setiap syarikat mempunyai gaya payslip yang berbeza mengikut kesesuaian.
Contoh Slip #1
Contoh Slip #1

Tiada ulasan:
Catat Ulasan